Anda Menjadi Reseller Terhebat

Pernahkah anda membeli sesuatu barang, kemudian anda menjual kembali barang- barang tersebut ? Jika pernah, maka anda seharusnya faham serba sedikit akan apa yang
saya maksudkan dengan menjadi reseller ini. Anda beli dan kemudiannya anda jual kembali produk tersebut untuk menjana pendapatan. Jika belum pernah, maka saya akan kongsikan ilmu-ilmu yang saya ada berkaitan dengan program ini.

Sebagai peringatan, untuk topik ini, saya tidak akan sesekali menyentuh perihal program berbentuk resellerm. Ini kerana, telah ramai yang mengatakan program reseller ini adalah program berbentuk piramid. Juga sering dikhabarkan bahawa program ini menjual barangan yang tidak bermutu dalam mengharapkan keuntungan semata-mata. Jadi, saya menyeru anda yang belum pernah menyertai program sebegini agar tidak menyertainya. Laburkan wang anda di tempat yang sebetulnya.

Apa yang akan saya sentuh hanyalah satu keadaan dimana anda menjadi reseller Persendirian . Bermakna, anda membeli produk yang anda rasa berkualiti tinggi dan kemudiannya anda jual kembali produk tersebut serta menyimpan 100% keuntungan yang anda perolehi. Inilah yang saya maksudkan dengan menjadi reseller persendirian. Berikut merupakan jenis-jenis lesen hak jualan semula yang perlu anda tahu.

Jenis-Jenis Lesen Hak Jualan Semula

Jenis #1: Basic Resell Rights
Anda membeli sejenis produk digital, sebagai contoh sebuah e-book daripada seorang usahawan internet. Anda mempunyai hak untuk menjual e-book tersebut kepada pelanggan anda. Manakala pelanggan anda pula tidak mempunyai hak untuk menjualnya semula. Anda berhak menyimpan 100% keuntungan yang diperolehi hasil daripada jualan.

Jenis #2: Resell Rights
Resell Rights bermaksud anda kini boleh menjual produk tersebut sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk digital. Anda berhak menyimpan 100% keuntungan yang dijana melalui lesen ini. Kebiasaannya lesen ini boleh diperolehi melalui produk digital.

Jenis #3: Master Resell Rights

Master Resell Rights membolehkan anda untuk menjual kembali produk yang anda beli kepada pelanggan bersama-sama dengan Basic Resell Rights. Pelanggan anda juga boleh menjual kembali produk tersebut kepada pelanggan mereka. Kebiasaannya, produk dengan lesen ini boleh dijual bersama-sama produk lain atau dijual berasingan.

Jenis #4: Private Label Rights
Lesen keempat ini merupakan lesen yang membolehkan anda merubah isi-isi yang terdapat dalam produk yang anda perolehi. Anda juga boleh menggabungkan isi-isi di dalam produk ini dengan produk yang sedang anda hasilkan. Secara mudahnya, produk yang anda beli dengan terteranya lesen Private Label Rights membolehkan anda melakukan banyak perubahan ke atas produk tersebut.

Blog,Blogger,Blogging

Apa itu Blog?

Blog adalah ringkasan daripada kata nama weblog, iaitu merupakan jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau terjemahan idea terhadap sesuatu perkara. Blog selalu dikemaskini dan ianya mirip kepada sebuah buku diari online. Perbezaan antara blog dan laman web biasa adalah, setiap kali anda menulis artikel atau entri yang baru, ianya akan berada di kedudukan yang teratas. Dalam kata lain, artikelanda yang terbaru akan berada di atas artikel yang telah lama. Ini dipanggil reverse chronological order. Di samping itu, blog lebih mudah diurus berbanding website biasa kerana ianya tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Ini kerana blog sedia ada telah dilengkapi dengan sistem mesra pengguna. Sama seperti microsoft word yang anda gunakan sekarang.

Terdapat dua jenis perisian blog, iaitu developer-hosted (blogger.com, wordpress.com,tblog.com & blogdrive.com) dan user-hosted (wordpress.org, Bblog, Blosxom & Textpattern) iaitu blog yang dipasang di hosting anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, tapak di internet merupakan nadi yang sangat penting bagi usahawan internet. Jika anda masih belum mempunyai blog, apa kata anda mulakannya sekarang. Lagipun, kebanyakan kaedah-kaedah menjana pendapatan di internet ini memerlukan blog sebagai medium utamanya.

Pendapatan Melalui Blog

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu bahagian ni kan ?
Bagaimana caranya menjana pendapatan melalui blog. Blogger yang bijak adalah blogger yang menjadikan blognya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka berblog hanya sebagai hobi. Tidak mustahil hobi juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Ianya juga tidak salah disisi undang- undang kecuali jika anda berblog untuk hal-hal yang tidak sepatutnya.

Jika kita pandai mencari peluang yang ada dan memaksimakannya ke tahap yang sepatutnya, blog boleh menjadi 'lubuk emas' dalam kehidupan anda. Antara kaedah yang boleh anda praktikkan melalui blog anda adalah seperti berikut:

1. Pengiklanan
2. Perkhidmatan
3. Review produk usahawan lain
4. Affiliate
5. Pay- Per-Click

Kaedah-kaedah ini telah saya praktikkan dan ianya telah pun menghasilkan pendapatan sampingan kepada saya. Kaedah-kaedah ini akan saya bincangkan dalam
topik yang akan datang, dan kebanyakannya memerlukan tapak iaitu blog. Jadi, bertindaklah sekarang dengan mempunyai blog anda sendiri.

Jenis Blog Yang 'Membuat' Duit

Jenis 1: Flagship Blog / Big Blog

Melalui strategi ini, anda menumpukan usaha anda kepada blog-blog yang anda bina, dengan harapan bahawa blog ini akan popular dalam niche mereka. Tidak dinafikan, strategi ini merupakan satu strategi yang paling lumayan buat blogger yang mengusahakannya, juga yang paling banyak memakan masa. Melalui strategi ini, anda akan memperoleh banyak pembaca dan peminat setia. Akan tetapi, anda perlu yakin bahawa anda berkebolehan untuk menjadikan blog anda sebuah blog yang diminati ramai.

Jenis 2: Blog Berasaskan Review

Strategi kedua ini agak mudah berbanding strategi pertama. Blog ini terhasil berdasarkan pendapat anda mengenai sesuatu perkara . Anda membina beberapa buah blog sama ada menggunakan domain anda sendiri atau hos blog percuma seperti blogger. Kemudian, anda kemaskini blog-blog ini dan mempertingkat page rank mereka . Selepas anda mengusahakan blog ini ke satu tahap optimum, anda boleh mengambil upah menulis review di blog ini.

Jenis 3: Blog Automatik

Blog ini saya panggil blog automatik kerana anda tidak perlu bersusah payah mengemaskini isi-isinya. Blog ini akan 'menyedut' informasi terkini yang sesuai dengan nichenya daripada blog lain melalui RSS Feed. Ini akan menyebabkan isi-isi blog ini nampak 'sentiasa' dikemaskini. Akan tetapi, cara ini agak tidak beretika jika anda 'menyedut' informasi semata-mata kerana anda malas untuk mengemaskini blog. Saya juga ada menggunakan jenis ini tetapi hanya untuk mengetahui informasi terkini berkenaan dengan berita dalam dan luar negara.

Jenis 4: Blog Menjual Link Teks

Pendapatan anda melalui strategi ini datangnya daripada Link Teks yang dijual kepada webmaster atau usahawan-usahawan internet yang lain. Mereka membeli link teks daripada anda bertujuan untuk meningkatkan ranking Google pada blog atau laman web mereka. Apa yang harus ditekankan disini adalah berkaitan dengan Google Page Rank dan Niche. Anda boleh membeli domain name yang baru untuk blog ini ataupun anda membeli domain name yang sudah tersedia mempunyai ranking di internet.

Jenis 5: Blog Untuk Adsense/Affiliate Semata

Dalam strategi ke lima ini, blog yang dibina adalah berdasarkan beberapa kata kunci yang sering dicari oleh pengguna internet di seluruh dunia seperti PS3 , WII , Car loans , Forex dan sebagainya. Anda kemudiannya perlu menulis sekurang-kurangnya 25 artikel yang kaya dengan kata kunci yang dicari tadi. Selepas itu, anda perlu mengoptimumkan blog ini agar pengguna internet dapat menjumpainya. Langkah seterusnya adalah, anda perlu meletakkan adsense atau link berkenaan program affiliate.

Jenis 6: Blog Sebagai Agen Pemasaran dan Jenama

Aplikasi untuk blog jenis ini adalah jika anda mempunyai perniagaan internet anda sendiri. Atau anda menyediakan perkhidmatan online seperti menulis surat jualan, menyediakan perkhidmatan web hosting atau jururunding pemasaran. Blog ini juga berfungsi sebagai agen pemasaran produk anda. Ia menjana wang secara tidak langsung, iaitu ketika anda melakukan promosi terhadap produk anda. Sewajarnya, blog jenis ini tidak perlu diletakkan dengan iklan kerana ia akan menurunkan kredibiliti blog ini.

Kisah Kejayaan di Internet

Blog akan menjadi tapak anda dalam menjana pendapatan berterusan di internet. Sememangnya melalui blog, wang masuk ke akaun anda tanpa anda sedari. Ini kerana, saya telah mengalaminya sendiri. Anda juga boleh bertanya kepada sahabat-sahabat anda yang memiliki blog sendiri. Mesti ada di kalangan mereka yang menjana wang melalui blog sahaja . Cuba anda baca dua kisah di bawah ini :

Kisah 1:

Rob Benwell dahulunya merupakan seorang pelajar kolej. Akan tetapi, beliau meninggalkan dunia kolejnya kerana yakin dengan kerjayanya sebagai seorang blogger.Beliau menceburi bidang keusahawanan internet dan kini merupakan seorang pakar blog walaupun pada tahun 2008,beliau hanya berumur 23 tahun.

Beliau telah berjaya menjana keuntungan sebanyak USD$3947 sebulan hanya melalui
blognya. Banyak tu! Cuba anda tukarkan nilai tersebut ke dalam Ringgit Malaysia ? ianya dalam RM 13,696.09 . Ia satu amaun yang cukup banyak untuk sebulan. Kalah gaji pegawai- pegawai kerajaan. Trafik ke salah satu blognya sahaja mencecah 36,000
pelawat sebulan. Rob juga telah menghasilkan e-book bertajuk ' Blogging to the
Bank' dan ianya merupakan sebuah buku best seller dalam dunia blog. Kini ianya telah sampai ke versi ke-3.

Kisah 2:

Carl Ocab merupakan seorang remaja Filipina yang berumur 15 tahun sahaja. Dalam usia yang semuda ini, Carl Ocab boleh berbangga dengan blognya yang boleh ikatakan berdiri sama baris dengan usahawan-usahawan internet yang lain. Blognya, www.carlocab.com mempunyai pelawat seramai 10,930 orang sehari dan menjana keuntungan sebanyak RM 2099.35 sebulan. Bayangkan, remaja berusia 15 tahun pun dah mempunyai pendapatan sebanyak itu. Hanya dengan menulis blog !

Remaja Yang Berjaya Dengan Mengiklan

Adakah anda masih ingat kisah remaja Filipina yang hanya berusia 15 tahun ketika ini tetapi telah berjaya memperolehi ribuan ringgit setiap bulan ? Ya. Mengenai Carl Ocab dalam kisah yang telah saya bentangkan di permulaan panduan ini. Pendapatan beliau melalui pengiklanan persendirian mencecah RM2000++ setiap bulan. Carl Ocab memulakan kariernya sebagai seorang blogger seawal usia 13 tahun. Pada tanggapan kebanyakan orang, umur 13 tahun boleh dianggap sebagai 'budak hingusan' atau setahun jagung.

Pada ketika ini, kanak-kanak masih ligat bermain dan meneroka. Pada usia sebegini juga, jarang ada kanak-kanak yang berfikir tentang kewangan. Justeru Carl menafikan persepsi ini dengan menubuhkan sebuah blog yang bertemakan “ make money online with a 13-year old” . Meskipun Bahasa Inggeris bukan merupakan bahasa pertuturan Carl Ocab, beliau telah berjaya meruntuhkan tembok pemisah ini dengan menghasilkan blog yang menggunakan simple English.

Ini juga merupakan salah satu satu faktor mengapa blog beliau begitu popular – kerana ianya mudah difahami. Setelah tersebar luas khabar yang mengatakan terdapat kanak-kanak Filipina yang berjaya membina nama di internet sebagai blogger muda, Carl telah di temu ramah oleh Dean Hunt untuk meletakkannya sebagai salah seorang kanak-kanak di dalam Headline Digg.com bertajuk “ Mommy, can I cash my Google Cheque yet? ”

Pendapatan yang diperolehi oleh Carl di blognya sahaja berjaya menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan, hanya melalui pengiklanan . Itu belum lagi ditambah dengan pendapatan hasil daripada penjualan produk beliau seperti DirectResponse dan Ultimate Blogging Theme (tema blog) serta produk-produk affiliate lain. Boleh dikatakan jumlah terkumpul pendapatan bulanan beliau adalah puluhan ribu ringgit !

2 Cara Terbaik Menentukan 'Niche'

Pernahkah anda bertanya soalan berikut..

Apa nak pilih? mana niche/topik yang boleh untung cepat?
itu soalan yang selalu ditanya kepada saya. itu juga soalan
yang saya fikirkan ketika nak mula adsense dulu. Satu lagi
masalah utama ialah adsense memerlukan website yang berbahasa
inggeris.

Di sini saya huraikan beberapa soalan yang perlu dijawab
sebelum memilih niche ini.

"Adakah anda ingin menjadi publisher adsense yang agresif?"

Atau

"Adakah anda hanya ingin menjadi publisher adsense yang
pasif?"

Mungkin anda dapat sedikit idea dengan soalan di atas. Ok
kita lihat dulu yang pertama iaitu yg agresif, cara ini
memang cepat dapat untung tapi memerlukan kos marketing
yang agak banyak..memang lumayan tapi sama sekali tidak
sesuai untuk orang baru..

Cara yang kedua ialah pasif, cara ini memang lambat, tapi
ia bagus untuk jangkamasa panjang. Melalui cara ini anda
akan membina website anda sedikit demi sedikit dan akhirnya
ia mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada anda..

Di sini serta sedikit contoh tentang Niche dan Sub-Niche..
Niche Utama: Health & Diet
Sub-Niches:
-Weight L*ss Dieting
-Women's Issues
-Men's Issues

atau ini...

Niche Utama: Hobbies
Sub-Niches:
-Fishing
-Gardening

Cara dapat cek adsense dengan cepat

Bagaimana nak dapatkan cek adsense dengan lebih cepat
lagi..



kali ini saya hanya nak menceritakan satu setting yang
boleh membantu anda mendapat check dengan lebih cepat
lagi. Caranya mudah sahaja, anda tukarkan bahagian delivery
daripada 'Standard kepada 'Express'. USD25 akan ditolak dari
akaun adsense anda nanti.

jika anda menggunakan pilihan yang standard ia akan
mengambil masa diantara 4-6 minggu untuk cek tersebut
sampai kepada anda, tapi untuk pilihan express ia cuma
mengambil masa 5-10 hari sahaja.

Cara ini sesuai jika anda memerlukan wang dengan lebih
cepat lagi. Pertukaran cek adsense ke bank tempatan pula
mengambil masa 6-8 minggu.

Bagaimana mencari kandungan berkualiti dgn percuma

Bagaimana mencari kandungan berkualiti dgn percuma..


Anda mencari kandungan website yang berkualiti
merupakan satu elemen yg penting untuk sebarang website
anda.

Satu cara yang popular ialah menggunakan artikel
direktori, anda boleh mendapatkan artikel tersebut dengan percuma
sahaja, tetapi bukan semua artikel tersebut berkualti.
Anda perlu menggunakan tool untuk menentukan artikel mana yang
mempunyai keyword density yang tinggi.

Antara artikel direktori yang boleh digunakan ialah;
ezinearticles.com
goarticles.com

Banyak perisian dipasaran yang anda boleh beli untuk
menentukan artikel mana yang bermutu, harganya
dalam USD40-USD200.

Tips Paypal - Duit Masuk Ketika Tidur

Adakah anda pernah dengar orang berkata bahawa mereka menjana duit ketika tidur ? Atau anda pernah mendengar mereka berkata duit masuk ke dalam akaun tanpa disedari ? Sama ada anda percaya atau tidak, hakikatnya perkara seperti ini memang wujud, lebih-lebih lagi dengan paypal.

Tips yang saya maksudkan adalah berkenaan dengan fungsi "Instant Download" yang terdapat di Paypal. Tips ini sangat sesuai bagi produk-produk digital seperti e-book, software atau apa-apa saja produk yang boleh di-download.

Apa yang saya maksudkan dengan "Instant Download" ialah apabila pelanggan anda membuat bayaran ke dalam akaun PayPal anda, pelanggan anda akan dibawa ke download page untuk download produk yang mereka beli.

Instant Download ini amat mudah kerana anda tidak perlu menghantar e-mail kepada pelanggan anda untuk memberitahu di mana untuk download produk yang mereka beli. Segala-galanya diuruskan oleh Paypal.

Anda hanya bekerja sekali saja dan selepas daripada itu, duit akan masuk secara berterusan ke dalam akaun anda tanpa anda perlu lakukan apa-apa. Tapi jangan lupa untuk membuat promosi ye. :)

Panduan dibawah ini adalah berkenaan dengan bagaimana anda membuat butang "Buy Now" di laman web jualan anda.

Untuk menghasilkan butang "Buy Now" yang boleh redirect ke download page, ikuti langkah-langkah yang saya nyatakan di bawah:

1. Login ke akaun PayPal anda
2. Klik butang "Merchant Services"
3. Pilih kaedah pembayaran "Paypal Website Payment Standard"
4. Klik pada "Buy Now Buttons"(di dalam kotak "Key features")
5. Isikan maklumat dan harga yang telah anda tetapkan.
6. Klik pada "Step 3: Customize advance features"
7. Masukkan link download page pada bahagian
"Take customer to a specific page(URL) after successful checkout:"
8. Klik "Create Button Now"

Selepas itu, apa yang perlu anda pastikan adalah download page anda berfungsi. Jika tidak berfungsi, anda mungkin akan dimarahi oleh pelanggan. ;)

Untuk pengetahuan anda, kini akaun Paypal sudah boleh diguna pakai di Malaysia dengan menggunakan kad debit Public Bank. Selepas proses pengesahan akaun anda berjaya, anda boleh withdraw duit anda di Public Bank.

Copyright 2009 | msaifziec Direktori Blog RajaBlog