Anda Menjadi Reseller Terhebat

Pernahkah anda membeli sesuatu barang, kemudian anda menjual kembali barang- barang tersebut ? Jika pernah, maka anda seharusnya faham serba sedikit akan apa yang
saya maksudkan dengan menjadi reseller ini. Anda beli dan kemudiannya anda jual kembali produk tersebut untuk menjana pendapatan. Jika belum pernah, maka saya akan kongsikan ilmu-ilmu yang saya ada berkaitan dengan program ini.

Sebagai peringatan, untuk topik ini, saya tidak akan sesekali menyentuh perihal program berbentuk resellerm. Ini kerana, telah ramai yang mengatakan program reseller ini adalah program berbentuk piramid. Juga sering dikhabarkan bahawa program ini menjual barangan yang tidak bermutu dalam mengharapkan keuntungan semata-mata. Jadi, saya menyeru anda yang belum pernah menyertai program sebegini agar tidak menyertainya. Laburkan wang anda di tempat yang sebetulnya.

Apa yang akan saya sentuh hanyalah satu keadaan dimana anda menjadi reseller Persendirian . Bermakna, anda membeli produk yang anda rasa berkualiti tinggi dan kemudiannya anda jual kembali produk tersebut serta menyimpan 100% keuntungan yang anda perolehi. Inilah yang saya maksudkan dengan menjadi reseller persendirian. Berikut merupakan jenis-jenis lesen hak jualan semula yang perlu anda tahu.

Jenis-Jenis Lesen Hak Jualan Semula

Jenis #1: Basic Resell Rights
Anda membeli sejenis produk digital, sebagai contoh sebuah e-book daripada seorang usahawan internet. Anda mempunyai hak untuk menjual e-book tersebut kepada pelanggan anda. Manakala pelanggan anda pula tidak mempunyai hak untuk menjualnya semula. Anda berhak menyimpan 100% keuntungan yang diperolehi hasil daripada jualan.

Jenis #2: Resell Rights
Resell Rights bermaksud anda kini boleh menjual produk tersebut sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk digital. Anda berhak menyimpan 100% keuntungan yang dijana melalui lesen ini. Kebiasaannya lesen ini boleh diperolehi melalui produk digital.

Jenis #3: Master Resell Rights

Master Resell Rights membolehkan anda untuk menjual kembali produk yang anda beli kepada pelanggan bersama-sama dengan Basic Resell Rights. Pelanggan anda juga boleh menjual kembali produk tersebut kepada pelanggan mereka. Kebiasaannya, produk dengan lesen ini boleh dijual bersama-sama produk lain atau dijual berasingan.

Jenis #4: Private Label Rights
Lesen keempat ini merupakan lesen yang membolehkan anda merubah isi-isi yang terdapat dalam produk yang anda perolehi. Anda juga boleh menggabungkan isi-isi di dalam produk ini dengan produk yang sedang anda hasilkan. Secara mudahnya, produk yang anda beli dengan terteranya lesen Private Label Rights membolehkan anda melakukan banyak perubahan ke atas produk tersebut.

Copyright 2009 | msaifziec Direktori Blog RajaBlog