Tips Paypal - Duit Masuk Ketika Tidur

Adakah anda pernah dengar orang berkata bahawa mereka menjana duit ketika tidur ? Atau anda pernah mendengar mereka berkata duit masuk ke dalam akaun tanpa disedari ? Sama ada anda percaya atau tidak, hakikatnya perkara seperti ini memang wujud, lebih-lebih lagi dengan paypal.

Tips yang saya maksudkan adalah berkenaan dengan fungsi "Instant Download" yang terdapat di Paypal. Tips ini sangat sesuai bagi produk-produk digital seperti e-book, software atau apa-apa saja produk yang boleh di-download.

Apa yang saya maksudkan dengan "Instant Download" ialah apabila pelanggan anda membuat bayaran ke dalam akaun PayPal anda, pelanggan anda akan dibawa ke download page untuk download produk yang mereka beli.

Instant Download ini amat mudah kerana anda tidak perlu menghantar e-mail kepada pelanggan anda untuk memberitahu di mana untuk download produk yang mereka beli. Segala-galanya diuruskan oleh Paypal.

Anda hanya bekerja sekali saja dan selepas daripada itu, duit akan masuk secara berterusan ke dalam akaun anda tanpa anda perlu lakukan apa-apa. Tapi jangan lupa untuk membuat promosi ye. :)

Panduan dibawah ini adalah berkenaan dengan bagaimana anda membuat butang "Buy Now" di laman web jualan anda.

Untuk menghasilkan butang "Buy Now" yang boleh redirect ke download page, ikuti langkah-langkah yang saya nyatakan di bawah:

1. Login ke akaun PayPal anda
2. Klik butang "Merchant Services"
3. Pilih kaedah pembayaran "Paypal Website Payment Standard"
4. Klik pada "Buy Now Buttons"(di dalam kotak "Key features")
5. Isikan maklumat dan harga yang telah anda tetapkan.
6. Klik pada "Step 3: Customize advance features"
7. Masukkan link download page pada bahagian
"Take customer to a specific page(URL) after successful checkout:"
8. Klik "Create Button Now"

Selepas itu, apa yang perlu anda pastikan adalah download page anda berfungsi. Jika tidak berfungsi, anda mungkin akan dimarahi oleh pelanggan. ;)

Untuk pengetahuan anda, kini akaun Paypal sudah boleh diguna pakai di Malaysia dengan menggunakan kad debit Public Bank. Selepas proses pengesahan akaun anda berjaya, anda boleh withdraw duit anda di Public Bank.

Copyright 2009 | msaifziec Direktori Blog RajaBlog