Blog,Blogger,Blogging

Apa itu Blog?

Blog adalah ringkasan daripada kata nama weblog, iaitu merupakan jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau terjemahan idea terhadap sesuatu perkara. Blog selalu dikemaskini dan ianya mirip kepada sebuah buku diari online. Perbezaan antara blog dan laman web biasa adalah, setiap kali anda menulis artikel atau entri yang baru, ianya akan berada di kedudukan yang teratas. Dalam kata lain, artikelanda yang terbaru akan berada di atas artikel yang telah lama. Ini dipanggil reverse chronological order. Di samping itu, blog lebih mudah diurus berbanding website biasa kerana ianya tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Ini kerana blog sedia ada telah dilengkapi dengan sistem mesra pengguna. Sama seperti microsoft word yang anda gunakan sekarang.

Terdapat dua jenis perisian blog, iaitu developer-hosted (blogger.com, wordpress.com,tblog.com & blogdrive.com) dan user-hosted (wordpress.org, Bblog, Blosxom & Textpattern) iaitu blog yang dipasang di hosting anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, tapak di internet merupakan nadi yang sangat penting bagi usahawan internet. Jika anda masih belum mempunyai blog, apa kata anda mulakannya sekarang. Lagipun, kebanyakan kaedah-kaedah menjana pendapatan di internet ini memerlukan blog sebagai medium utamanya.

Pendapatan Melalui Blog

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu bahagian ni kan ?
Bagaimana caranya menjana pendapatan melalui blog. Blogger yang bijak adalah blogger yang menjadikan blognya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka berblog hanya sebagai hobi. Tidak mustahil hobi juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Ianya juga tidak salah disisi undang- undang kecuali jika anda berblog untuk hal-hal yang tidak sepatutnya.

Jika kita pandai mencari peluang yang ada dan memaksimakannya ke tahap yang sepatutnya, blog boleh menjadi 'lubuk emas' dalam kehidupan anda. Antara kaedah yang boleh anda praktikkan melalui blog anda adalah seperti berikut:

1. Pengiklanan
2. Perkhidmatan
3. Review produk usahawan lain
4. Affiliate
5. Pay- Per-Click

Kaedah-kaedah ini telah saya praktikkan dan ianya telah pun menghasilkan pendapatan sampingan kepada saya. Kaedah-kaedah ini akan saya bincangkan dalam
topik yang akan datang, dan kebanyakannya memerlukan tapak iaitu blog. Jadi, bertindaklah sekarang dengan mempunyai blog anda sendiri.

Jenis Blog Yang 'Membuat' Duit

Jenis 1: Flagship Blog / Big Blog

Melalui strategi ini, anda menumpukan usaha anda kepada blog-blog yang anda bina, dengan harapan bahawa blog ini akan popular dalam niche mereka. Tidak dinafikan, strategi ini merupakan satu strategi yang paling lumayan buat blogger yang mengusahakannya, juga yang paling banyak memakan masa. Melalui strategi ini, anda akan memperoleh banyak pembaca dan peminat setia. Akan tetapi, anda perlu yakin bahawa anda berkebolehan untuk menjadikan blog anda sebuah blog yang diminati ramai.

Jenis 2: Blog Berasaskan Review

Strategi kedua ini agak mudah berbanding strategi pertama. Blog ini terhasil berdasarkan pendapat anda mengenai sesuatu perkara . Anda membina beberapa buah blog sama ada menggunakan domain anda sendiri atau hos blog percuma seperti blogger. Kemudian, anda kemaskini blog-blog ini dan mempertingkat page rank mereka . Selepas anda mengusahakan blog ini ke satu tahap optimum, anda boleh mengambil upah menulis review di blog ini.

Jenis 3: Blog Automatik

Blog ini saya panggil blog automatik kerana anda tidak perlu bersusah payah mengemaskini isi-isinya. Blog ini akan 'menyedut' informasi terkini yang sesuai dengan nichenya daripada blog lain melalui RSS Feed. Ini akan menyebabkan isi-isi blog ini nampak 'sentiasa' dikemaskini. Akan tetapi, cara ini agak tidak beretika jika anda 'menyedut' informasi semata-mata kerana anda malas untuk mengemaskini blog. Saya juga ada menggunakan jenis ini tetapi hanya untuk mengetahui informasi terkini berkenaan dengan berita dalam dan luar negara.

Jenis 4: Blog Menjual Link Teks

Pendapatan anda melalui strategi ini datangnya daripada Link Teks yang dijual kepada webmaster atau usahawan-usahawan internet yang lain. Mereka membeli link teks daripada anda bertujuan untuk meningkatkan ranking Google pada blog atau laman web mereka. Apa yang harus ditekankan disini adalah berkaitan dengan Google Page Rank dan Niche. Anda boleh membeli domain name yang baru untuk blog ini ataupun anda membeli domain name yang sudah tersedia mempunyai ranking di internet.

Jenis 5: Blog Untuk Adsense/Affiliate Semata

Dalam strategi ke lima ini, blog yang dibina adalah berdasarkan beberapa kata kunci yang sering dicari oleh pengguna internet di seluruh dunia seperti PS3 , WII , Car loans , Forex dan sebagainya. Anda kemudiannya perlu menulis sekurang-kurangnya 25 artikel yang kaya dengan kata kunci yang dicari tadi. Selepas itu, anda perlu mengoptimumkan blog ini agar pengguna internet dapat menjumpainya. Langkah seterusnya adalah, anda perlu meletakkan adsense atau link berkenaan program affiliate.

Jenis 6: Blog Sebagai Agen Pemasaran dan Jenama

Aplikasi untuk blog jenis ini adalah jika anda mempunyai perniagaan internet anda sendiri. Atau anda menyediakan perkhidmatan online seperti menulis surat jualan, menyediakan perkhidmatan web hosting atau jururunding pemasaran. Blog ini juga berfungsi sebagai agen pemasaran produk anda. Ia menjana wang secara tidak langsung, iaitu ketika anda melakukan promosi terhadap produk anda. Sewajarnya, blog jenis ini tidak perlu diletakkan dengan iklan kerana ia akan menurunkan kredibiliti blog ini.

Copyright 2009 | msaifziec Direktori Blog RajaBlog