Kisah Kejayaan di Internet

Blog akan menjadi tapak anda dalam menjana pendapatan berterusan di internet. Sememangnya melalui blog, wang masuk ke akaun anda tanpa anda sedari. Ini kerana, saya telah mengalaminya sendiri. Anda juga boleh bertanya kepada sahabat-sahabat anda yang memiliki blog sendiri. Mesti ada di kalangan mereka yang menjana wang melalui blog sahaja . Cuba anda baca dua kisah di bawah ini :

Kisah 1:

Rob Benwell dahulunya merupakan seorang pelajar kolej. Akan tetapi, beliau meninggalkan dunia kolejnya kerana yakin dengan kerjayanya sebagai seorang blogger.Beliau menceburi bidang keusahawanan internet dan kini merupakan seorang pakar blog walaupun pada tahun 2008,beliau hanya berumur 23 tahun.

Beliau telah berjaya menjana keuntungan sebanyak USD$3947 sebulan hanya melalui
blognya. Banyak tu! Cuba anda tukarkan nilai tersebut ke dalam Ringgit Malaysia ? ianya dalam RM 13,696.09 . Ia satu amaun yang cukup banyak untuk sebulan. Kalah gaji pegawai- pegawai kerajaan. Trafik ke salah satu blognya sahaja mencecah 36,000
pelawat sebulan. Rob juga telah menghasilkan e-book bertajuk ' Blogging to the
Bank' dan ianya merupakan sebuah buku best seller dalam dunia blog. Kini ianya telah sampai ke versi ke-3.

Kisah 2:

Carl Ocab merupakan seorang remaja Filipina yang berumur 15 tahun sahaja. Dalam usia yang semuda ini, Carl Ocab boleh berbangga dengan blognya yang boleh ikatakan berdiri sama baris dengan usahawan-usahawan internet yang lain. Blognya, www.carlocab.com mempunyai pelawat seramai 10,930 orang sehari dan menjana keuntungan sebanyak RM 2099.35 sebulan. Bayangkan, remaja berusia 15 tahun pun dah mempunyai pendapatan sebanyak itu. Hanya dengan menulis blog !

Remaja Yang Berjaya Dengan Mengiklan

Adakah anda masih ingat kisah remaja Filipina yang hanya berusia 15 tahun ketika ini tetapi telah berjaya memperolehi ribuan ringgit setiap bulan ? Ya. Mengenai Carl Ocab dalam kisah yang telah saya bentangkan di permulaan panduan ini. Pendapatan beliau melalui pengiklanan persendirian mencecah RM2000++ setiap bulan. Carl Ocab memulakan kariernya sebagai seorang blogger seawal usia 13 tahun. Pada tanggapan kebanyakan orang, umur 13 tahun boleh dianggap sebagai 'budak hingusan' atau setahun jagung.

Pada ketika ini, kanak-kanak masih ligat bermain dan meneroka. Pada usia sebegini juga, jarang ada kanak-kanak yang berfikir tentang kewangan. Justeru Carl menafikan persepsi ini dengan menubuhkan sebuah blog yang bertemakan “ make money online with a 13-year old” . Meskipun Bahasa Inggeris bukan merupakan bahasa pertuturan Carl Ocab, beliau telah berjaya meruntuhkan tembok pemisah ini dengan menghasilkan blog yang menggunakan simple English.

Ini juga merupakan salah satu satu faktor mengapa blog beliau begitu popular – kerana ianya mudah difahami. Setelah tersebar luas khabar yang mengatakan terdapat kanak-kanak Filipina yang berjaya membina nama di internet sebagai blogger muda, Carl telah di temu ramah oleh Dean Hunt untuk meletakkannya sebagai salah seorang kanak-kanak di dalam Headline Digg.com bertajuk “ Mommy, can I cash my Google Cheque yet? ”

Pendapatan yang diperolehi oleh Carl di blognya sahaja berjaya menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan, hanya melalui pengiklanan . Itu belum lagi ditambah dengan pendapatan hasil daripada penjualan produk beliau seperti DirectResponse dan Ultimate Blogging Theme (tema blog) serta produk-produk affiliate lain. Boleh dikatakan jumlah terkumpul pendapatan bulanan beliau adalah puluhan ribu ringgit !

Copyright 2009 | msaifziec Direktori Blog RajaBlog